Assalamualaikum. Kali ini, Ed nak share macam mana cara nk masak sos "Chicken gravy" untuk mashed potatoes atau kentang putar/lenyek ala-ala KFC tu. jangan risau. Bahan-bahan dia sangat mudah. semua rasanya ada dalam dapur hampa tu.
Today, I would love to show you how to cook " Chicken Gravy" for your mashed potatoes which is almost the same with KFC's mashed potatoes. No worries. This was way too easy as you can get all of these ingredients from your kitchen. (me think so..)
Set hidangan : 4 orang makan sbb family perut besaq (6 pon boleh kalau perut kecik..hehe..)
1 kiub pati ayam (x kisah la jenama apa pon) -- 1 cube of chicken stock
1 biji bawang besar -- 1 medium size onion
garam -- salt
serbuk lada hitam --black pepper
sos tiram -- oyster sauce
kicap --soy sauce
tepung gandum -- wheat flour
1- masukkan air putih sebanyak mana kuah yang dikehendaki. Renihkan bersama kiub pati ayam dan bawang yang telah dipotong dadu. ( tak potong dadu pon xpa sbb nanti bawang ni akan ditapis)
2- setelah kiub hancur, bawang pon dh hilang warna dan kuah tadi dah mendidih, tapis semua bendasing dan ambil kuah tersebut sahaja. buang bawang (x diperlukan)
3- gunakan periuk baru, masukkan marjerin dan tunggu hingga panas. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit di dalam periuk, kacau bersama marjerin. (untuk kepekatan kuah)
4- masukkan kuah rebusan pati ayam tadi sedikit demi sedikit kedalam periuk sambil kacau kuah tersebut supaya tepung gandum hancur dan lebur.
5- masukkan 1 sudu sos tiram, beberapa titik kicap, dan serbuk lada hitam (ikut keinginan, kalau nak rasa pedas sikit letak banyak lada hitam). masukkan juga garam secukup rasa.
6- kalau dah siap, kuah tersebut akan berwarna perang seperti kuah mashed potato KFC dan hidang bersama kentang yang sudah dilenyek.