Glam Followers

Tuesday, December 18, 2012

How to make Chicken Gravy sauce for Mashed Potatoes.

Assalamualaikum. Kali ini, Ed nak share macam mana cara nk masak sos "Chicken gravy" untuk mashed potatoes atau kentang putar/lenyek ala-ala KFC tu. jangan risau. Bahan-bahan dia sangat mudah. semua rasanya ada dalam dapur hampa tu.

Today, I would love to show you how to cook " Chicken Gravy" for your mashed potatoes which is almost the same with KFC's mashed potatoes. No worries. This was way too easy as you can get all of these ingredients from your kitchen. (me think so..)

Set hidangan : 4 orang makan sbb family perut besaq (6 pon boleh kalau perut kecik..hehe..)

1 kiub pati ayam (x kisah la jenama apa pon) -- 1 cube of chicken stock
1 biji bawang besar -- 1 medium size onion
garam  -- salt
serbuk lada hitam --black pepper
sos tiram -- oyster sauce
kicap --soy sauce
tepung gandum -- wheat flour

1- masukkan air putih sebanyak mana kuah yang dikehendaki. Renihkan bersama kiub pati ayam dan      bawang yang telah dipotong dadu. ( tak potong dadu pon xpa sbb nanti bawang ni akan ditapis)

2- setelah kiub hancur, bawang pon dh hilang warna dan kuah tadi dah mendidih, tapis semua bendasing dan ambil kuah tersebut sahaja. buang bawang (x diperlukan)

3- gunakan periuk baru, masukkan marjerin dan tunggu hingga panas. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit di dalam periuk, kacau bersama marjerin. (untuk kepekatan kuah)

4- masukkan kuah rebusan pati ayam tadi sedikit demi sedikit kedalam periuk sambil kacau kuah tersebut supaya tepung gandum hancur dan lebur.

5- masukkan 1 sudu sos tiram, beberapa titik kicap, dan serbuk lada hitam (ikut keinginan, kalau nak rasa pedas sikit letak banyak lada hitam). masukkan juga garam secukup rasa.

6- kalau dah siap, kuah tersebut akan berwarna perang seperti kuah mashed potato KFC dan hidang bersama kentang yang sudah dilenyek.






www.tips-fb.com

Saturday, November 24, 2012

Hit Me Baby One More Time


Aku dah 3 kali putus cinta. yang first aku x rela, second aku relakan dan yg ketiga aku masih x pasti. aku seolah-olah mengharapkan dia mai balik. lol. aku masih jugak tak pasti kenapa. mungkin aku sunyi ja kot dan berharap dia mai balik dkt aku.


Love and Loneliness is not the same. 
being in love is when we are ready for the responsibility to take care of each other's feeling, respect, being honest, and a promise to stay together, forever. 

but, being lonely is way apart from love as we only need someone to fill our emptiness and make each of our days will be filled with something that we used to have. 

it's a matter of our feeling. we shouldn't play with other's feelings just to fill our needs of being in an attention from someone. people are not born to entertain us.. 

that's what blocks me from not falling in love again. i don't want to hurt anyone. i wanna be with someone i love and someone who loves me. in sha Allah, i will be the best lover ever if you are the one for me.
www.tips-fb.com

Tuesday, November 13, 2012

Confessions of my broken heart


Husna, sebuah nama yang pernah menawan hati aku suatu masa dalam tahun 2012. kami berkenalan sejak aku tingkatan 5 di SMTSP2 (kini SMVSP2) di mana dia masih tingkatan 4 ketika itu. aku merupakan pengerusi Persatuan Seni Kreatif dan dia merupakan salah seorang ahli jawatankuasa persatuan ini. aku akui, aku tertarik untuk berkenalan dengan dia atau erti kata lain ingin menjadi seorang yang istimewa untuk dia. tpi, atas dasar profesionalisme, aku terpaksa ketepikan semua itu. aku jugak akui yg aku agak penakut sebab dia bukannya seperti gadis-gadis lain yang aku kenali. setiap kali aku melihatnya, aku rasa tenang dan gembira sangat dan ini membuatkan aku kerap mengadakan perjumpaan persatuan padahal aku hanya ingin berjumpa dengan dia. haha. akhirnya, pada penghujung tahun, sewaktu aku selesai menduduki peperiksaan SPM, aku sudah tidak berpeluang untuk melihat dia lagi. mungkin bukan jodoh kami...

Pada awal tahun 2012 (mungkin), melalui Facebook, dia add aku. "Husna Anuar". aku tersenyum dan berasa gembira sangat w'laupun aku tidak tahu puncanya. dia menggelar dirinya husna dan memanggil aku "abang" seperti mana waktu zaman persekolahan kami. mulai saat itu, kami kerap berhubung, sama ada dalam telefon ataupun laman sosial facebook mahupun twitter. dia seorang yang sangat berpegang teguh pada pendirian dan agama Islam. suaranya merdu tatkala membaca Al-Quran (skype tanpa webcam hanya suara). dia merupakan anak yang baik, taat kepada kedua ibu bapanya. di sebabkan ketaatan dia pada agama, kami x pernah "couple" mahupun bercinta seperti orang lain. kami hanya saling menjaga maruah satu sama lain, mengambil berat, berkongsi minat, dan lain-lain. kadang-kadang sewaktu kami agak lalai ataupun seakan-akan mendekati dosa, kami akan mengingatkan satu sama lain dan berjauhan untuk sementara waktu. wahai lelaki, hampa tak suka ka perempuan sebegini ? aku jatuh hati pada dia tapi aku tak pernah luahkan dekat dia. kadang-kadang dia kerap menceritakan impian dia selepas kahwin, contohnya, dia nak sekitar rumah dikelilingi bunga matahari.. dia sangat menyukai bunga matahari. sewaktu percutian aku dengan keluarga di Cameron Highland aku menangkap beberapa keping gambar bunga tersebut untuknya dan membeli cenderamata antaranya ialah key chain berlambang bunga matahari. aku simpan keychain itu dan ingin memberikan kepadanya nanti apabila aku berpeluang berjumpa dengannya. kami masing-masing memberi petunjuk bahawa kami sayang antara satu sama lain melalui angan-angan masa depan kami.

suatu hari dalam tahun 2012, aku dikejutkan dengan satu tweet antaranya dengan seorang rakannya yang jelas dan terang menunjukkan yang dia memberitahu rakannya itu bahawa dia bakal bertunang pada penghujung tahun 2012. aku tersenyum. mungkin itu hanya gurauan ataupun hanya satu cara untuk dia mengelakkan diri dari lelaki-lelaki yang "gatal". haha. aku menelefon dia untuk mendapatkan kepastian. tanpa membuang masa dan membuatkan hampa tertanya-tanya, aku dikejutkan dengan kebenaran tweet dia tadi. dia akui dia bakal bertunang dengan seorang lelaki yang sudah bekerjaya sebagai seorang guru @ ustaz. dia juga akui yang dia terpaksa. sewaktu dia berada di kedah (belajar), keluarganya di damansara menerima kunjungan keluarga lelaki tersebut yang ingin bertunang dengannya. ibu bapanya terus bersetuju tanpa pengetahuannya.

melalui panggilan telefon itulah baru aku menyesali kesilapan aku kerana tidak meluahkan perasaan aku terhadapnya sejak dulu. aku meluahkan segala-galanya dan dia juga mengakui yang dia sayangkan aku juga. aku juga tahu melalui perbualan kami itu dia masih tidak bersedia untuk semua ini. kami saling menyayangi dan mencintai. tetapi dia menetapkan untuk melakukan solat istiqarah bagi memohon petunjuk daripada Allah swt. aku bagaikan terkapar-kapar, lemas dalam masalah ini, aku tidak dapat selamatkan dia dari perkahwinan yang dirancang seperti ini, aku bagaikan seorang askar tanpa senjata ataupun perisai untuk berperang. aku hanyalah seorang pelajar di institut pendidikan guru yang masih berbaki 3 tahun dan masih jauh perjalanan aku untuk menghabiskan pelajaran di sana. dalam erti kata lain, aku tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami lagi. aku penakut. aku... aku sayangkan dia. tapi, akhirnya aku terpaksa akur juga, yang dia dah bertunang dengan lelaki itu pada awal bulan November 2012. aku redha.. aku redha ya Allah jika ini ketentuan-Mu. jika ada jodoh, kami pasti bersama, ternyata, kami tiada jodoh. aku redha.

And again, I'm back to my own self back. Being alone and isolated. Thanks for giving me a chance to feel for the second time what love is.
www.tips-fb.com

Monday, March 26, 2012

Resepi Ayam Goreng Salut Tepung ringkas dan sedap oleh Ustazah Ghazilah


Ayam goreng rangup

Bahan perap:
Garam
Serbuk cili
Lada hitam

Bahan salut:
Tepung gandum
Air sikit

Langkah 1 - perap semua bahan-bahan perap beberapa jam, simpan di dlm peti ais.

Langkah 2 - buat adunan tepung untuk menyalut ayam sewaktu menggoreng.

Langkah 3 - panaskan minyak dan bersedia utk digoreng. 
(nk sedap lagi perah lemon selepas dihidangkan)

senang kan? cuba la. ustazah Ghazilah is one of my lecturer in IPSAH. 
she taught me Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
during her lecture, she also teaches us many other things. one of them is this recipe. LOL.
my friends ask me to cook this for them. Insya'Allah. pray for it. LOL.
share duit beli ayam and bahan then i'll cook. ok?
www.tips-fb.com