Glam Followers

Tuesday, November 13, 2012

Confessions of my broken heart


Husna, sebuah nama yang pernah menawan hati aku suatu masa dalam tahun 2012. kami berkenalan sejak aku tingkatan 5 di SMTSP2 (kini SMVSP2) di mana dia masih tingkatan 4 ketika itu. aku merupakan pengerusi Persatuan Seni Kreatif dan dia merupakan salah seorang ahli jawatankuasa persatuan ini. aku akui, aku tertarik untuk berkenalan dengan dia atau erti kata lain ingin menjadi seorang yang istimewa untuk dia. tpi, atas dasar profesionalisme, aku terpaksa ketepikan semua itu. aku jugak akui yg aku agak penakut sebab dia bukannya seperti gadis-gadis lain yang aku kenali. setiap kali aku melihatnya, aku rasa tenang dan gembira sangat dan ini membuatkan aku kerap mengadakan perjumpaan persatuan padahal aku hanya ingin berjumpa dengan dia. haha. akhirnya, pada penghujung tahun, sewaktu aku selesai menduduki peperiksaan SPM, aku sudah tidak berpeluang untuk melihat dia lagi. mungkin bukan jodoh kami...

Pada awal tahun 2012 (mungkin), melalui Facebook, dia add aku. "Husna Anuar". aku tersenyum dan berasa gembira sangat w'laupun aku tidak tahu puncanya. dia menggelar dirinya husna dan memanggil aku "abang" seperti mana waktu zaman persekolahan kami. mulai saat itu, kami kerap berhubung, sama ada dalam telefon ataupun laman sosial facebook mahupun twitter. dia seorang yang sangat berpegang teguh pada pendirian dan agama Islam. suaranya merdu tatkala membaca Al-Quran (skype tanpa webcam hanya suara). dia merupakan anak yang baik, taat kepada kedua ibu bapanya. di sebabkan ketaatan dia pada agama, kami x pernah "couple" mahupun bercinta seperti orang lain. kami hanya saling menjaga maruah satu sama lain, mengambil berat, berkongsi minat, dan lain-lain. kadang-kadang sewaktu kami agak lalai ataupun seakan-akan mendekati dosa, kami akan mengingatkan satu sama lain dan berjauhan untuk sementara waktu. wahai lelaki, hampa tak suka ka perempuan sebegini ? aku jatuh hati pada dia tapi aku tak pernah luahkan dekat dia. kadang-kadang dia kerap menceritakan impian dia selepas kahwin, contohnya, dia nak sekitar rumah dikelilingi bunga matahari.. dia sangat menyukai bunga matahari. sewaktu percutian aku dengan keluarga di Cameron Highland aku menangkap beberapa keping gambar bunga tersebut untuknya dan membeli cenderamata antaranya ialah key chain berlambang bunga matahari. aku simpan keychain itu dan ingin memberikan kepadanya nanti apabila aku berpeluang berjumpa dengannya. kami masing-masing memberi petunjuk bahawa kami sayang antara satu sama lain melalui angan-angan masa depan kami.

suatu hari dalam tahun 2012, aku dikejutkan dengan satu tweet antaranya dengan seorang rakannya yang jelas dan terang menunjukkan yang dia memberitahu rakannya itu bahawa dia bakal bertunang pada penghujung tahun 2012. aku tersenyum. mungkin itu hanya gurauan ataupun hanya satu cara untuk dia mengelakkan diri dari lelaki-lelaki yang "gatal". haha. aku menelefon dia untuk mendapatkan kepastian. tanpa membuang masa dan membuatkan hampa tertanya-tanya, aku dikejutkan dengan kebenaran tweet dia tadi. dia akui dia bakal bertunang dengan seorang lelaki yang sudah bekerjaya sebagai seorang guru @ ustaz. dia juga akui yang dia terpaksa. sewaktu dia berada di kedah (belajar), keluarganya di damansara menerima kunjungan keluarga lelaki tersebut yang ingin bertunang dengannya. ibu bapanya terus bersetuju tanpa pengetahuannya.

melalui panggilan telefon itulah baru aku menyesali kesilapan aku kerana tidak meluahkan perasaan aku terhadapnya sejak dulu. aku meluahkan segala-galanya dan dia juga mengakui yang dia sayangkan aku juga. aku juga tahu melalui perbualan kami itu dia masih tidak bersedia untuk semua ini. kami saling menyayangi dan mencintai. tetapi dia menetapkan untuk melakukan solat istiqarah bagi memohon petunjuk daripada Allah swt. aku bagaikan terkapar-kapar, lemas dalam masalah ini, aku tidak dapat selamatkan dia dari perkahwinan yang dirancang seperti ini, aku bagaikan seorang askar tanpa senjata ataupun perisai untuk berperang. aku hanyalah seorang pelajar di institut pendidikan guru yang masih berbaki 3 tahun dan masih jauh perjalanan aku untuk menghabiskan pelajaran di sana. dalam erti kata lain, aku tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami lagi. aku penakut. aku... aku sayangkan dia. tapi, akhirnya aku terpaksa akur juga, yang dia dah bertunang dengan lelaki itu pada awal bulan November 2012. aku redha.. aku redha ya Allah jika ini ketentuan-Mu. jika ada jodoh, kami pasti bersama, ternyata, kami tiada jodoh. aku redha.

And again, I'm back to my own self back. Being alone and isolated. Thanks for giving me a chance to feel for the second time what love is.
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. be strong.. hadapi dugaan ni dgn tabah.. DIA sdg menguji adi.. setiap ytg berlaku ada hikmahNYA.. DIA lebih tau.. DIA mungkin sdg mengaturkan yg lbh baik utk adi.. InsyaAllah, lelaki yg baik utk perempuan yg baik.. teruskan menjadi muslim yg baik, moga dipertemukan dgn muslimah yg baik juga :))

    ReplyDelete
  2. thanks iqa. ya la. balasan Allah dkt Adi kot. xpa. adi redha. husna tuh pon redha. hopefully, adi jmpak ler nnti. :)

    ReplyDelete